난 처음부터 당신을 사랑 ,
하지만 당신은 나를 인정하지 않아.
Sunday 17 March 2013

Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera.

Pada 13&14 Mac yang lalu, telah diadakan Kem Kepimpinan Pengawas di batu 8 Hulu Langat. Mula2 aku tak nak pergi, tapi sekali dah pergiiii...perghhh..mmg bestt! Banyak kenangan wei kat sana..

Setibanya kami semua kat sana, fasi2 muka garang tunggu depan pintu bas..perghh..muka dorang mmg minta kena "sound" dengan aku, tak reti nak senyum.. Kitorang terpaksa memikul, membawa atau apa2 jelah beg yang kitorang bawak sepanjang 300 meter sebelum sampai ke dalam kawasan kem. Fasi yang bawak group aku masuk ialah Akak Atin..***muka garang doo akak ni,tapi hati baik***

Dah sampai kat tempat kem, kena buat barisan..dorang pun mulalah ucap bagi taklimat..minta lantik penghulu and penghuluwati dalam kem..penghulu kami semua Izzat selaku Ketua Pengawas and penghuluwati Andrea Stella Madrigal.. dah lepas tu, kena buat group, aku satu group dengan Amalina,and Syahila, kitorang je form 6, yang lagi 17orang semua aliran perdana..

Dah masuk dewan kem, dalam group kena buat logo,moto kat atas kertas mahjong. selain tu kitorang kena buat  lagu cheers untuk kumpulan dengan tepuk istimewa bagi kumpulan and lepas tu kena present kat depan..aku selaku ketua kumpulan dah buat silap dalam kumpulan ni sebab lepas present, aku tak amik balik kertas mahjong tu sebab kertas tu merupakan amanah dari Fasi.. Implikasinya, lepas present, komander Khairul dengan selambanya renyuk2 kertas mahjong team aku dengan team lain pastu main campak keluar dewan *chuuuuuuuuu~.....*hahhaa siap bunyi lagi.. putih mata aku tengok kertas kena campak..macam maruah aku kena buang.. T.T

Lepas aktiviti ni kitorang pergi makan kat kantin.. Ni kali pertama aku pergi makan di kantin, zero noise, takde desibel bunyi langsung..perghh..sebabnya, nak tahu takkkkkk??kalau sape bising, pg makan dekat luar...atau penghulu dengan penghuluwati dikenakan hukuman.. Ohh ya! lupa, sebelum pergi makan, Penghulu, penghulu wati, and semua ketua ahli kumpulan termasuk aku, kena hukuman sebab budak2 bising, ada yang gelak2, perghh..dah lah kena bumping sampai dorang diam.. -__- ***tambah muscle aku hahaah*** tapi part paling teruk kesian kepada izzat ngan stella, dorang paling banyak kena hukuman :( *nangis sekejap**

abis makan, solat semua, sambung balik aktiviti dalam dewan.. dia bagi kertas surat khabar sehelai..pandai2lah korang buat satu bulatan untuk lilit ahli kumpulan and jalan pergi fasi.. Dalam game ni team aku hebat kottt hahahaahah..at last, semua team tputus, tinggal team kitorang, lg beberapa step nak menang, ada lah si badigol siapa pergi putuskan sebab percaya kata fasi tu game da abis =='....baru nak tunjuk macho haihhhh...

Lepas tu aktiviti setiap murid tulis satu perkataan yang susah, gulung2 and masuk kotak, nanti kena pecah2kan group, buat cabutan, tengok dapat perkataan apa, then pergi buat syarahan selama 2 minit.. yang ni aku bernasib baik jugak sbb dapat tajuk senang hehehe..Ada manusia mana ntah pergi tulis **Bagaero** mean stupid in japan, mampus sape yang dapat nak terangkan hahaha..

Hari pun mula hujan petang tu..lebat pulak tu..-_- pandai betul cuaca waktu tu..Pastu fasi buat permainan tali amanah..perghhhh..ni mmg paling sakai , 19 attempt..tak cool langsung..wat malu skolah je haha..tapi yang ke 19 kali punya, Amira Durasen punya nyawa ditaruhkan dalam game ni, kalau tali tu tak bersimpul 2 kali, Amira takboleh ikot kem lagi..kejam kan..waktu ni, semua nangis..aku tahan lagi..haha..lepas fasi dah tarik,.......jeng jeng jenngggg! yeaaahaakkkkk!!! bersimpul..semua dah pompuan pergi peluk amira.. T.T

After that aku tak bpe ingt aktiviti apa lagi, aktiviti malam pulak agak best..iaitu night walk and kapal karam..mula2 aktiviti kapal karam..ni aktiviti sedih.. :( kitorang kena merayu kat 4 kapten kapal iaitu fasi, untuk di selamatkan dalam bot penyelamat dalam masa 10 minit..benda ni bukan setakat merayu..benda ni kena guna keikhlasan hati.. aku punya lah waktu tu merayu dekat akak Khati.. bukan senang nak tengok aku nangis kat luar..malam tu mmg semua masalah aku, aku cerita kat kak Khati dalam aktiviti kapal karam.. :(

then, aktiviti night walk..aku peserta paling last..paling belakanggg...kena night walk sorang2 dalam keadaan mata rabun ni.. disebabkan aku paling last, aku asyik korek je kat kak Khati ape yang terjadi kat depan tu sebanarnya..yang aku pelik, setiap budak yang night walk, aku dengar jeritan *Subhanallah*allahu Akbar*..yang pergi jerit subhanallah tu kenapa?!  tak kena pada situasi woi..buat malu kaum lelaki je -_-  pastu ada yang paling tak tahan, budak jerit *WIRA WIRA WIRA hahahaha...dengan harapan fasi akan jawab JAYA JAYA JAYA..haha..makin lama aku paham, msti ada benda kat depan tu..aku tak sabar sangat..so aku buat2 cool bila Komander Khairul cuba menyamar macam org kena rasuk bila tinggal aku sorang je murid dalam hutan..kak Khati dah senyum2 haha..aku buat bodo, tak layan komander Khairul, aku terus jalan dalam gelap, memulakan night walk..sampai tengah2 tu..patut lah aku tengok semua lari macam jumpa hantu, dah si fasi abg Jalil pergi pakai telekung sergah budak haha..aku yang last ni relex jela sbb dah tahu sape tu.. bila balik dari night walk..dengar semua *wooo...tak tahu ape maksud dorang.. -_-..

Abis night walk, kami berkumpul di dewan..waktu ni mula perdebatan tak silap aku..sampai larut malam kot..team 50% vs 100% VS 0%...okay aktiviti ni kabut..hampir bergaduh..==' lepas tu tidoooooo....... sok pagi nya macam biasa, bangun dengan tak mandi,just gosok gigi, solat dulu..lepas tu, berkumpul..buat senaman.. lepastu jungle trekkingg...besttttt..! malas cita pepanjang..korang rase sendiri..balik jungle trekking main blind trail..cehh..aku paling tk suka ni, sebab aku leader team 1.. :( lepas tu mandi sungai, sesi2 nak dekat penutup balikkkkkkkkkkkkk~..


**banyk kenangan kat sini..
** dapat mengeratkan aliran f6 dengan perdana..aku ngan chong tak bermusuh lagi..

aku rase bnyk sangat aku tulis,ni aku cita ape aku buat sepanjang kat sana..err..lupa! sok exam..so aku kena baca sikit2..buat syarat.. bye2.. Assalamualaikum..




My heartbeat stopped @ 20:54


Tuesday 5 March 2013

Sering kali aku perhatikan gelagat-gelagat si pemakai baju biru di sekolah. Aku sedar banyak perubahan yang dilakukan setelah aku tamat persekolah selepas SPM dahulu.. Namun, corak-corak pemerintahan Puan Rushiha dalam badan pengawas masih wujud dan aku selesa dengan cara tu apabila memulakan tingkatan 6 walaupun tidak jadi pengawas lagi masa tu...

Namun, apabila bermulanya tahun 2013, Puan Rushiha tidak lagi memegang badan pengawas dan digantikan dengan guru-guru yang baru.. Aku rase aku tidak ada apa-apa masalah jika bertukar guru ,tetapi kenapa cara yang telah digunakan waktu Puan Rushiha tu diubah sedangkan cara tu amat baik. Aku tidak kisah kalau ingin tukar cara yang digunakan Puan Rushiha tu, asalkan cara baru yang digunakan adalah lebih baik, tapi apa yang aku lihat semuanya berterabur dan mendatangkan kepincangan dalam organisasi pengawas.

Lebih mendatangkan rasa tidak puas hati lagi, aku lihat kami tingkatan-tingkatan 6 yang dilantik menjadi pengawas seperti dipinggirkan, dan dianak tirikan. Kami seolah-olah dipersoalkan,tidak melakukan tanggungjawab dan hanya tahu memakai baju biru sahaja. Itu apa yang aku dengar sendiri daripada pihak perdana. Aku ingin tegaskan bahawa sesiapa aliran perdana yang membaca blog ni, aku ingin tegaskan, kami mempunyai banyak tugasan seperti PBS yang amat penting,jika tidak siapkan PBS kami tidak boleh menduduki peperiksaan semesta kedua ini. SILA FAHAM SITUASI KAMI. Kalau anda berada ditempat kami, anda sendiri akan tahu macam mana beratnya apa yang sedang dihadapi oleh kami sekarang.

Aku juga ingin ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada guru-guru tingkatan 6 yang lebih memahami kami. Satu lagi, aku harap mesyuarat yang akan datang pada isnin depan akan menyelesaikan masalah antara  semua aliran perdana  dengan tingkatan 6 ni.
tu je kot yang aku nak sampaikan dalam blog ni..Assalamualaikum.


#chong,sokhibol..kalau ada yang tidak puas hati,diharap settle isnin depan..


My heartbeat stopped @ 22:16


Sunday 3 March 2013

Assalamualaikum w.b.t

Jam menunjukkan 2.30 pagi..aku still terjaga sedangkan yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi indah.. Aku masih menghadap lappy (laptop) dan mencari idea untuk buat PBS Pengajian Am.. Tapi, aku tengah sakit perut yang amat sangat..memulas,kejap datang kejap tak! Hati aku jugak gundah gulana sebab aku ada buat salah dengan seseorang.. hmm..aku dah buntu, dari kanan tekanan tentang PBS, dari kiri, kesalahan yang aku dah buat! so , aku cipta rap ini untuk meluahkan apa yang aku tengah rasa..

Rap:
Uh! duduk di dalam kamar menghadap semua hal dunia..
Hal yang tak pernah berakhir walau aku hilang nyawa..
Masa yang datang tidak ku hirau berlalu begitu saja..
meskipun aku pejam mata seketika PBS tetap datang menjelma..

tekanan yang datang dari pelbagai arah bisa buat ku gila! ..kini..
PBS di tangan kanan ku, kesalahan ku terhadap mu di tangan kiri ku,
otak berselirat memikirkan problem ku ini,
adakah ego aku yang menyebabkan punca semua ini berlaku..

oh my baby,

ku cuba membetulkan hakikat,
ku cuba menyusun jari kepada mu,
namun ku tahu, ini semua sudah terlewat,
menitits kan air mata,
hanya itu yang ku mampu..

baby, i'm so sorry ini semua salah ku,
masih adakah ruang ku di hati mu,
baby ku minta maaf atas apa yang berlaku,
hanya mampu berharap, semua kembali seperti dulu..
now, out~

*'out' tu mean aku out dari lirik ni..
err..nape ngan aku ni?? ntaaakkkkk taaahuuu laaahhh!..okay, tu lirik yang aku tulis spontan yang terlintas dalam otak aku tadi..takde ciplak,takde copy pastu..hmm..lirik ikhlas punya..
bye2, sambung PBS.. Assalamualaikum..



My heartbeat stopped @ 02:53


Saturday 2 March 2013

Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama tak tulis ape2 kat blog,kini aku mula tulis.. Actually, aku bukanlah blogger macam kat luar sana,aku just tulis bila free atau ada mood..

Sebenarnya, apa yang aku nak cita ni adalah benda2 yang aku nak share sepanjang 1 bulan ni.. Actually dalam beberapa minggu lepas, form 6 ada mengikuti satu ceramah motivasi Abit Lew.. Ceramah ni memang membuka mata aku untuk lebih bersyukur, lebih berusaha untuk score dalam STPM ni.. mula2, ceramah tu memanglah lawak, ada part2 funny, aku gelak mcm org gila..

Lepas tu,mula lah sesi kedua.. sesi berlinangan air mata.. Okay sesi kedua ni memang membuka mata aku untuk lebih bersyukur sebab mempunyai kedua ibu bapa bersama aku sekarang.. Yelah, tak dinafikan, memang aku pernah tinggikan suara kat perents aku..teruk betul perangai aku.. but bila tengok member form 6 aku ada yang tak da mak ayah, memang sebak bila dengar cerita dorang..

Sebagai contoh, aku nak share cerita sorang budak ni, Sarasvati.. dia ni paling kesian sebab mak ayah dia sudah takde waktu dia berumur 2 tahun.. Dia langsung tak berpeluang nak tengok wajah mak ayah dia, apetah lagi nak cuba cium and pegang wajah mereka.. obviously, dia akan jeles bila mak ayah member2 dia datang ke sekolah amik report kad or ada apa2 event berkenaan parents..

okay, lepas tu aku nak cerita pulak pasal ape yang aku lalui sepanjang 1 bulan lepas..brnda ni bagi aku mmg susah, tapi aku lalui jugak.. First, bila aku dapat tahu handphone Dora rosak, aku tak boleh nak bbm, aku kata kat hati aku, takpe,benda ni sekejap je kot.. Aku mula2 memang nak cuba tolong Dora, sebab dekat umah aku ada 3 Blackberry, aku nak bagi dia guna sementara Blackberry yang ada kat umah aku, tapi malang nya, satu aku dah guna, satu lagi ayah aku baru amik guna, lagi satu, Blackberry ni ada problem, dengan betery takde nya,ngan tempat charge rosak nya.. aku dah berfikir, macam mana nak bagi dia guna sedangkan benda rosak.. Masa tu aku mula sedar yang aku tak membantu..waktu tu memang down gila..now, aku dapat tahu dia dah beli handphone baru, aku lega sikit..

Secondly, aku tak tahu kenapa ngan emosi aku lately ni, pandang makanan aku nak nangis, sebelum tidur aku menangis, nak pergi sekolah, dalam perjalanan aku menitik air mata sikit.. Sebab aku menitik air mata tu bukan sebab aku cengeng atau ape, aku terfikir, aku dapat makan even dua kali sehari,sometimes 3 kali sehari, tapi ada orang miskin makan 1 kali sahaja,and ada yang tak makan satu hari..sebab tu aku tu aku menitis air mata.. Pastu pergi sekolah tu pulak, aku berfikir, aku masih boleh pergi ke sekolah, tapi ada anak orang yang tak bersekolah..waktu ni aku start fikir lagi, aku tak pernah bagi keputusan straight A's untuk parents aku..hmm..serius rase macam anak tak guna..

sebenarnya ada benda lagi nak cita,but, cukup dulu sampai sini, baru sedar kerja PBS tak buat lagi.. bye2..Assalamualaikum..




My heartbeat stopped @ 16:12


Monday 26 November 2012

Assalamualaikum W.B.T


err...aku tak nak ckp bnykk..yang aku tahu aku rindu mereka semua!





My heartbeat stopped @ 14:33


Monday 17 September 2012

Assalamualaikum W.B.T


guys, check this out!


kay la..tu jer nak tunjuk..teheee! bye2!
Assalamualaikum.



My heartbeat stopped @ 16:36


Wednesday 12 September 2012

Assalamualaikum..

my first teaser.. XD nampak ntah pape??pedulik ape aku..yang penting aku puas buat ni.. :D
kay lah..singgah tok ni jer.. bye2.. :D


My heartbeat stopped @ 23:24


Disclaimer`
You're @ : whenimhappy.blogspot.com !
Please leave a tag after reading/leaving me blog ,
Thank you very muchhhhhhh !
Hate me just click the red [X]@ the top right hand corner of your screen
Or simply just press Alt+F4 :>
Love my blog , do enjoy & tag moreeeeee !

Biology`
Mohd Zuhairi Bin Zakaria/Zue/Chek Ngah/Abang Ngah/Harry..1994..Milik Allah..seorang yang ingin menggembirakan hati kedua ibu bapa..D's..Real Madrid, Barcelona..Bigbang, Running man, selalu berdiam diri and perhatikan gelagat orang lain, kuat memberontak, cepat terasa.. kuat makan tapi tak pernah gemuk. ^.^ ------>


- /`AhhMeows Says Rawr !
"Once bitten , twice shy ."
Hardcore fan of BIGBANG & G-DRAGON !
I Love Die my Yongyong`G-Dragon :3 !

Screams`
You can get a cbox @ cbox.ws.
Or shoutmix.net

Archives`
June 2012 September 2012 November 2012 March 2013

Fly Aways`
FACEBOOK LINK: Link TWITTER LINK: Link

Credits`
Designer : - /`AhhMeowsays Rawr !
Basecodes : ElinaLyana
Ads